Parti Bumiputera Perkasa Malaysia
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) | |
---|---|
Singkatan | PUTRA |
Presiden | Ibrahim Ali |
Setiausaha agung | Rosdi Idris |
Timbalan Presiden | Aziz Jamaluddin Mhd Tahir |
Naib Presiden |
|
Ketua Wira Malaysia | Nasrul Ali Hasan Abdul Latif |
Ketua Wiranita Malaysia | Laila Norinda Maon |
Ketua Wirawati Malaysia | Nurhafizah Jamalludin |
Pengasas | Ibrahim Ali |
Diasaskan | 17 Ogos 2018 |
Didaftarkan | 9 Mei 2019 |
Penggabungan kebangsaan | Gerakan Tanah Air |
Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 0 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 0 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 0 / 607
|
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan dan dipimpin oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali.
Penubuhan
PUTRA diasaskan oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali pada 17 Ogos 2018[1] Pendaftarannya telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Mei 2019[2] selepas jawatankuasa penaja parti menghantar permohonan pada 13 Ogos 2018[3].
Ibrahim Ali juga merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengumumkan bahawa PUTRA akan menjadi suatu parti alternatif kepada orang Melayu dan akan memperjuangkan hak Melayu dan Islam selepas pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional. Hampir keseluruhan perlembagaan PUTRA adalah berdasarkan perlembagaan UMNO yang "asal" ketika penubuhannya pada 1946 sebagai langkah untuk memperjuangkan matlamat asal UMNO.[4] Secara umumnya, PUTRA menerima semua orang bumiputera sebagai ahli, tetapi juga menerima golongan bukan bumiputera beragama Islam sebagai ahli bersekutu.[5]
Penyertaan dalam pilihan raya
Pada November 2021, PUTRA membuat penampilan sulung dengan menyertai pilihan raya negeri Melaka. Dalam pilihan raya tersebut, PUTRA diwakili lima orang calon di lima buah kerusi Dewan Undangan Negeri.[6][7][8] Walau bagaimanapun, kesemua calon tewas dengan hilang deposit[9].
Sejarah penyertaan
Tahun | Jenis | Kawasan | Negeri | Nama Calon | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Pilihan raya negeri | Gadek | Melaka | Laila Norinda Maun | Hilang Deposit |
Paya Rumput | Muhammad Hashidi Mohd Zin | Hilang Deposit | |||
Pengkalan Batu | Mohd Aluwi Sari | Hilang Deposit | |||
Duyong | Mohd Faizal Hamzah | Hilang Deposit | |||
Sungai Rambai | Nazatul Asyraf Md Dom | Hilang Deposit |
Kepimpinan
Struktur pentadbiran PUTRA terdiri daripada Dewan Tertinggi di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.
Data sehingga 15 Ogos 2022
Jawatan | Nama |
---|---|
Penasihat | Tun Dr. Mahathir bin Mohamad |
Presiden | Dato' Dr. Ibrahim Ali |
Timbalan Presiden | Datuk Dr. Haji Aziz Jamaluddin Mhd Tahir |
Naib Presiden | Dato' Asmawar Samat |
Mohd Nasir Abdullah | |
Jeffrus@Maimin Rijan | |
Ketua Wira | Nasrul Ali Hasan Abdul Latif |
Ketua Wiranita | Laila Norinda Maon |
Ketua Wirawati | Nurhafizah Jamalludin |
Setiausaha Agung | Rosdi Idris |
Bendahari Agung | Ashraf Rosli |
Ketua Penerangan | Shahrulufti Sharif |
Ahli Dewan Tertinggi | Hamzah Abdul Rahman |
Azhar Palal | |
Mohd Nasir Othman | |
Mohd Nasir Abdullah | |
Rosdi Idris | |
Jeffrus@Maimin Rijan | |
Mohd Fauzi Zulkifli | |
Dato' Mazlan Hashim | |
Dato' Kamarul Airi Arifin | |
Brigader Jen. (B) Adnan Abu Hassan | |
Che Mohd Asemari Che Ali | |
Datuk Dr Mohammad Fairus Khairuddin | |
Nur Amani Ibrahim | |
Zarina Zainal Abidin | |
Juita Mustafa | |
Datin Nur Munirah Abdul Manap | |
Dato' Ramle Md Daly | |
Dr Mohamad Izwan Zainal | |
Nur Liza Mat Dewa | |
Omar Jaafar | |
Mohd Tahir Kasim | |
Syed Hairoul Faizey Syed Ali |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Abdul Hamid, Rizanizam (17 Ogos 2018). "Putra hopes to join Malaysian political scene". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Haika Khazi (Mei 8, 2019). "PUTRA sah jadi parti baharu diluluskan ROS". Bharian. Dicapai pada 7 Disember 2021.
- ^ Zainal, Hanis (9 Mei 2019). "Ibrahim Ali unveils new party, Putra, to fight for race and religion". The Star (Malaysia).
- ^ "Constitution of Ibrahim Ali's Putra mirrors that of 'old Umno'". Malaysiakini. 9 Mei 2019. Dicapai pada 10 Mei 2019.
- ^ Yiswaree Palansamy (9 Mei 2019). "New Bumi party welcomes non-Bumi Muslims as 'associate members'". Malay Mail. Dicapai pada 10 Mei 2019.
- ^ "PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN". Astro Awani. 6 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
- ^ "PRN Melaka: Konsep 'Rasis Berperlembagaan' jadi taruhan Putra". Astro Awani. 5 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
- ^ "PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali". Astro Awani. 13 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
- ^ BERNAMA (November 21, 2021). "Semua calon Bebas, Putra, Iman, hilang wang deposit". HMetro. Dicapai pada 7 Disember 2021.