Perlembagaan Rusia

Perlembagaan
Persekutuan Rusia
Salinan perlembagaan Rusia edisi presiden
Tajuk asalКонституция
Российской Федерации
JenisPerlembagaan Sunting ini di Wikidata
Bahasa asalBahasa Rusia Sunting ini di Wikidata
Diterbitkan25 Disember 1993 Sunting ini di Wikidata
Disahkan12 Disember 1993
Berkuat kuasa25 Disember 1993
LokasiKremlin, Moscow
NegaraRusia Sunting ini di Wikidata
Ditauliahkan olehPresidangan Perlembagaan
PengarangSergey Shakhray, Sergei Alexeyev, Anatoly Sobchak, Constitutional Conference of the Russian Federation Sunting ini di Wikidata
PenandatanganPungutan suara oleh rakyat Rusia
Laman sesawang
http://www.constitution.ru Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perlembagaan Persekutuan Rusia semasa (Bahasa Rusia: Конституция Российской Федерации, Konstitutsiya Rossiyskoy Federatsii) disesuaikan pada Disember 1993 selepas pungutan suara perlembagaan Rusia yang diadakan pada tahun berkenaan. Perlembagaan ini kemudian berkuatkuasa pada 25 Disember 1993. Ia diterbitkan secara rasmi untuk menggantikan sistem pemerintahan Soviet. Perlembagaan semasa adalah yang kedua paling lama bertahan dalam sejarah Rusia, di belakang Perlembagaan 1936.

Dalam versi buku kecil.

Teks itu disusun oleh Persidangan Perlembagaan 1993, yang dihadiri oleh lebih daripada 800 peserta. Sergei Alexeyev, Sergey Shakhray, dan kadang-kadang Anatoly Sobchak dianggap sebagai pengarang utama perlembagaan. Teks ini diilhamkan oleh projek perlembagaan Mikhail Speransky dan perlembagaan Perancis semasa.[1]

Ia menggantikan Perlembagaan era Soviet pada 12 April 1978, Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (yang telah dipinda pada April 1992 untuk mencerminkan pembubaran Kesatuan Soviet dan kedaulatan Persekutuan Rusia), berikutan krisis perlembagaan Rusia 1993.

Dari 25 Jun hingga 1 Julai 2020, sebuah pungutan suara diadakan bagi meminda perlembagaan Rusia bagi membuang klausa tempoh penggal Presiden serta pekara lain di dalam perlembagaan. 78% rakyat Rusia mengundi setuju untuk meminda perlembagaan.[2] Pada 3 Julai 2020, Presiden Vladimir Putin menandatangani perintah eksekutif untuk secara rasmi meminda Perlembagaan Rusia.[3]

Perubahan lain adalah pengiktirafan Rusia sebagai pengganti kepada Kesatuan Soviet dalam hubungannya dengan pertubuhan antarabangsa, perjanjian, dan aset Kesatuan Soviet yang ditetapkan oleh perjanjian antarabangsa di luar wilayah Persekutuan Rusia, melarang penyerahan wilayah Rusia, mengurangkan pencapaian oleh "pejuang tanah air" dan peranan mereka dalam Perang Dunia Kedua tidak lagi dibenarkan, dan mengabadikan Tuhan dan perkahwinan heteroseksual dalam perlembagaan.[4][5][6] Pindaan lain akan menetapkan peranan bahasa Rusia sebagai "orang yang membentuk negara", rujukan perlembagaan kepada Tuhan dan memberi sokongan undang-undang kepada Dewan Negara.

Struktur

Perlembagaan ini terbahagi pada dua seksyen.

Seksyen 1

  1. Dasar Sistem Perlembagaan
  2. Hak dan Kebebasan Manusia dan Warganegara
  3. Sistem persekutuan
  4. Presiden Persekutuan Rusia
  5. Majlis Persekutuan
  6. Pemerintah Persekutuan Rusia
  7. Kehakiman
  8. Pemerintahan Tempatan
  9. Pindaan dan Semakan Perlembagaan

Seksyen 2

  1. Kesimpulan Peraturan dan Peralihan

Nota

Rujukan

Pautan luar