Razman Zakaria
Yang Berhormat Tuan Haji Razman Zakaria AAP (Pahang); PJK (Selangor); ADN | |
---|---|
رازمن بن زكريا | |
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Didahului oleh | Abdul Aziz Bari |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Gunong Semanggol | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS) |
Pesuruhjaya PAS Perak | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Abu Bakar Hussian |
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 30 Disember 2020 – 17 Oktober 2022 | |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
Butiran peribadi | |
Lahir | 16 Februari 1960 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Nidhaal Hashim |
Anak-anak | 6 |
Kediaman | Perak Darul Ridzuan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Tuan Haji Razman Zakaria (Tulisan Jawi: رازمن بن زكريا) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Dalam kerajaan negeri Perak pada tahun 2020, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak[1] dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan. Bekas EXCO Perak ini, Razman Zakaria merupakan ADUN Gunung Semanggol selama sepenggal dan kekal memenangi kerusi tersebut pada PRU 15 bagi penggal yang baru.
Beliau merupakan Penaung Maahad Thafiz Al-Quran Lid Da'wah Li Imamah dilahirkan pada 16 Februari 1960.
Mendapat pendidikan tertinggi dalam Ijazah Sarjana Pentadbir Awam dari Universiti Malaya (UM) pada 2002, beliau kemudian mengambil sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya pada 2007 dan melanjutkan pengajian dalam Diploma Tasawur Islam (ILHAM) pada 2015.
Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) pada 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau telah berkahwin dengan Nidhaal Hashim dan dikurniakan enam orang. Anak-anaknya dikenali Mohammad Rifaat, Mohammad Raid, Auni Amirah, Asna Athirah, Mohammad Raziq dan Arisya Amani.
Masing-masing lulusan Universiti Al-Azhar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Malaysia (UIA).
Razman sebelum dilantik menjadi wakil rakyat merupakan Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia selama empat tahun (2004 hingga 2008) dan Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia pada 1995 hingga 2008.
Dalam kepimpinan parti, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong dan Bendahari Pas Pusat.
Bekas Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat ini pernah menerima anugerah dan pengiktirafan iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor, Ahli Ahmad Shah Pahang, Anugerah Khidmat Cemerlang pada 2003 dan 2007 serta Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 2004.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Razman daripada Pas menang dengan mendapat 7,444 undian ketika menentang Zaini Cha daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,541 undi. Majoriti undi sebanyak 1,903.
Kerjaya:
- ADUN Gunung Semanggol (2018 hingga kini)
- EXCO Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan ( 8 Disember 2020 hingga 9 November 2022)
- EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil (31 Mac 2020 hingga 5 Disember 2020)
- Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia (2004 hingga 2008)
- Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia (1995 hingga 2008)
Jawatan disandang dalam politik:
- Pesuruhjaya Pas Negeri Perak (2008 hingga kini)
- Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong (2008 hingga kini)
- Bendahari Pas Pusat (2017 hingga kini)
- Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat (2013 hingga 2015)
- Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pust (2008 hingga 2013)
- Timbalan Pengerusi MBK (2013 hingga 2015)
Penglibatan dalam kemasyarakatan:
- Penaung Maahad Thafiz Al-Quran Lid Da'wah Li Imamah
- Pengerusi NGO Satria Prihatin Tanah
- Penaung Pertubuhan Amal Lengggong
- Ahli Persatuan Pesara Pegawai Kanan Kastam
Anugerah dan pengiktirafan:
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor
- Ahli Ahmad Shah (AAP) Pahang
- Anugerah Khidmat Cemerlang (2003 dan 2007)
- Anugerah Kualiti Perdana Menteri (2004)
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Pentadbir Awam UM pada 2002
- Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) UKM (1984)
- Sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya (2007)
- Diploma Tasawur Islam (ILHAM) (2015)\
Kontraversi dan Kalah Saman
Lim Guan Eng menyaman Razman berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 November 2017 yang mendakwa beliau menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.
Razman kalah pada saman tersebut dan Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Pada tahun 2017 Razman sekali lagi di perintah bayar saman kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.
Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu. Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.
Mohon Maaf
Razman Zakaria, hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mendakwa Perdana Menteri membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis.
Permohonan maaf itu dibuat Razman di Mahkamah Tinggi Taiping sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.
Pilihan raya
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Peratus Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | DUN Gunung Semanggol, Perak | Razman Zakaria (PAS) | 7,444 | Zaini Cha (BN-UMNO) | 5,541 | 1,903 | |
Ismail Ali (PH-PKR) | 3,520 | ||||||
2013 | Parlimen Lenggong | Razman Zakaria (PAS) | 9,478 | Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO) | 13,639 | 84.90% | 4,161 |
Rujukan
- ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (28 Mei 2020). "Perak umum penstrukturan portfolio Exco". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)