Tengku Hassan Tengku Omar
Yang Mulia Dato' Haji Tengku Hassan Tengku Omar DPMT, PJC, PJK, BLB (Terengganu) | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Ladang | |
Dalam jawatan 2008–2023 | |
Didahului oleh | Wan Hisham Wan Salleh |
Digantikan oleh | Zuraida Md Noor |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Timbalan | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran |
Kawasan pilihan raya | Ladang |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1951-01-01) 1 Januari 1951 (umur 73) Kerteh, Kemaman, Terengganu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | To' Puan Hajah Aida Tengah |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Yang Mulia Dato' Haji Tengku Hassan Tengku Omar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Terengganu selama tiga penggal sejak 2008, bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.[1]
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan tertinggi bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan lulusan University of Nottingham, United Kingdom bidang pentadbiran daerah.
Tengku Hassan juga pernah bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan SM Sultan Ismail Kemaman.
Kerjaya
Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1951 di Kerteh Kemaman ini pernah bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu dan Pegawai daerah Besut. Atas perkhidmatan yang cemerlang, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu, Pesuruhanjaya Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
Tengku Hasan yang juga berpengalaman luas dalam bidang pentabiran daerah pernah menyandang jawatan seperti Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu dan Ketua Penolong Pegawai daerah Hulu Terengganu.
Bukan itu sahaja, beliau juga pernah dilantik Pengerusi A&W Malaysia, Singapura dan Thailand dan Pengerusi Terengganu Safety Training Centre (TSTC).
Dalam bidang usahawan, Tengku Hassan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),
Pada peringkat negeri, beliau dilantik EXCO Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran sejak 2018 manakala peringkat politik, merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.
Anugerah dan pengiktirafan
- Terengganu
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' - 1998
Rujukan
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu 2018–kini | |
---|---|
Menteri Besar | |
Eksekutif Negeri |
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||