Republik China di Taiwan
- Jangan terkeliru dengan Republik Rakyat China
Republik China - Taiwan (ريڤوبليقك چينا - تايوان) 中華民國 Zhōnghuá Mínguó | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: San Min Chu-i (Lagu Kebangsaan Negara)
| |||||
Mohor negara: | |||||
Ibu negara | Taipei | ||||
Bandar terbesar | Bandar Taipei Baru | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Cina, Mandarin | ||||
Kerajaan | Republik Semi-presiden | ||||
• Presiden | Tsai Ing-wen | ||||
• Naib Presiden | William Lai | ||||
• Perdana Menteri | Chen Chien-jen | ||||
• Naib Perdana Menteri | Shen Jong-chin | ||||
Penubuhan | |||||
• Pengisytiharan kemerdekaan | 10 Oktober 1911 | ||||
• Pengisytiharan Republik | 1 Januari 1912 | ||||
• Pemindahan ke Taiwan | 7 Disember 1949 | ||||
10.34 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 23 264 640[1] (ke-47) | ||||
• Bancian Penduduk 2010 | 23 123 866 | ||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | $1.404 trillion (ke-19) | ||||
$59,397 (ke-13) | |||||
HDI (2004) | 0.925 sangat tinggi · tinggi | ||||
Mata wang | Dolar Taiwan Baru ( TWD ) | ||||
Zon waktu | CST (UTC+1) | ||||
• Musim panas (DST) | tiada | ||||
Kod panggilan | 886 | ||||
Kod ISO 3166 | TW | ||||
DPT internet | .tw |
"Taiwan" serta "Wilayah Taiwan" dilencong ke rencana ini. Rencana ini berkaitan dengan kerajaan yang memerintah Pulau Taiwan. Untuk istilah lain di bawah nama yang sama, sila lihat Taiwan (nyahkekaburan)
"Republik China" dilencong ke rencana ini selaras dengan persetujuan untuk membahagikan rencana itu kepada dua iaitu satu adalah rencana ini dan satu lagi adalah Republik China (1911-1949). Ini adalah kewujudan Republik China pada satu masa bukanlah di Taiwan tetapi di tanah besar China sebelum tahun 1949
Republik China atau dikenali sebagai Taiwan (Cina Tradisional: 中華民國 , Cina Ringkas: 中华民国 , pinyin: Zhōnghuá Mínguó Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo², Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok) merupakan pulau yang terletak di tenggara China. Taiwan memerintah Kepulauan Pescadores, Quemoy, dan Kepulauan Matsu. Dalam Bahasa Melayu, seperti juga di dalam Bahasa Cina, nama 台灣 "Taiwan" digunakan untuk merujuk kepada Taiwan dan orangnya biasanya dipanggil orang Taiwan (台灣人 Táiwān rén). Walaupun "Republik China Taiwan" adalah nama formal, perkataan "China" itu sendiri sekarang biasanya merujuk kepada tanah besar China yang pemerintahannya diambil-alih oleh Republik Rakyat China selepas berakhirnya pemerintahan kerajaan Republik China pada tahun 1949. Lihat Republik China (1911-1949) dan Perang Saudara Cina untuk keterangan lanjut.
Republik China (ROC) itu sendiri bermula di tanah besar China, selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 menandakan penamatan 2,000 tahun pemerintahan bermaharaja. Kewujudan ia di tanah besar China adalah secara kewujudan panglima perang, Pencerobohan Jepun, dan perang saudara. Pemerintahannya di tanah besar tamat pada tahun 1949 apabila Parti Komunis China menggulingkan pemerintahan Parti Negara China (juga dikenali sebagai Kuomintang). Lihat Republik China (1911-1949)
Kerajaan ROC berpindah ke pulau Taiwan dan mendirikan ibu negara sementaranya di Taipei dimana ia terus menggangap dirinya sebagai satu-satunya kerajaaan keseluruhan China termasuk tanah besar yang sah. Pada masa yang sama, komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara suksesor kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT)—sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.
Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.
Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.
Sejarah سجاره
Walaupun penempatan di Taiwan telah wujud sejak Zaman Paleolitik, rekod sejarah rasmi Taiwan bermula sekitar abad ke-17. Abad ke-15 dan ke-16 adalah tempat kuasa Eropah memulakan kempen penjajahan melalui laluan perdagangan laut baharu. Orang Portugis mula menemui Taiwan pada abad ke-16 tetapi tidak menjajahnya. Pada tahun 1600, Belanda mencuba nasib menjajah Pulau Penghu berdekatan tetapi dihalau tentera Ming dari China. Akhirnya pada tahun 1621, pihak Belanda berjaya menjajah Penghu dalam percubaan kali kedua dan bertahan sehingga tahun 1624 setelah diusir bala tentera Ming. Belanda terpaksa berundur ke Tainan dan membina pangkalan Zeelandia bagi menetapkan penjajahan secara rasmi di Taiwan. Pada tahun 1626 pula, Sepanyol membuka pangkalan di bahagian utara Taiwan berhampiran Keelung tetapi berundur pada tahun 1642.
Selepas kejatuhan Dinasti Ming ke tangan Manchu, Zheng Chenggong iaitu orang kuat Dinasti Ming cuba membina pangkalan di Taiwan untuk membantu mendapatkan semula pemerintahan Dinasti Ming di seluruh negeri China. Dengan lebih 300 kapal dan 25,000 tentera, beliau berjaya menamatkan era penjajahan Belanda di Taiwan dalam masa sembilan bulan. Beliau mengasaskan Kerajaan Tungning, menggubal semula sistem pemerintahan Belanda kepada sistem pentadbiran Dinasti Ming. Selepas kematiannya, pewaris Zheng Chenggong meneruskan legasi pemerintahan di Taiwan selama 22 tahun.
Pada tahun 1683, cucu Zheng Chnenggong menyerah kalah kepada Dinasti Qing. Dinasti Qing memerintah hampir 200 thuan. bagaimanapn, fasa pemodenan Taiwan hanya bertahan sehingga penghujung pemerintahan Dinasti Qing. Selepas Perang China-Jepun Pertama tahun 1895, Taiwan diserahkan kepada pihak Jepun. Jepun menaungi Taiwan selama 50 tahun hingga Perang Dunia Kedua. Kebangitan beberapa gerakan anti-Jepun yang dilakukan sepanjang tempoh penjajahan gagal. Walaupun begitu, pihak Jepun dilihat turut memajukan industri pertanian, ekonomi dan infrastruktur Taiwan.
Selepas Perang Dunia Kedua, Chiang Kai-shek dan parti Nasionalis Kuomintang (KMT) mengambil alih pentadbiran Taiwan. Tetapi kegiatan rasuah pihak KMT membangkitkan kemarahan dan kehilangan sokongan penduduk Taiwan sehingga tercetusnya Peristiwa 28 Februari. Insiden ini adalah bantahan terbuka dan penntangan terhadap kekerasan KMT yang mengakiiatkan kematian pluhan ribu orang awam. Taiwan diletakkan di bawah kuasa darurat pada tahun 1949 sehingga ia dimansuhkan pada tahun 1987. Demokrasi di Taiwan bermula pada penghujung 1980-an. Ekoran itu, Taiwan mengadakan pilihan raya presiden yang pertama pada tahun 1996. Hakikatnya Taiwan berjaya membangunkan eknomi industri eksport yang sangat kukuh di bawah kuasa jajahan selama 50 tahun. Kemajuan pesat dan pertumbuhan ekonomi Taiwan pada penghujung abad ke-20 dikenali ebagai Keajaiban Ekonomi Taiwan (Taiwan Economic Miracle).
Politik ڤوليتيك
Kawasan pentadbiran كاوسن ڤينتادبيران
Organisasi politik Republik China pada asalnya didasarkan perlembagaan yang ditulis pada tahun 1947 di tanah besar China sebelum tumpasnya Republik di sana ke tangan Komunis. Dengan itu, divisi utama dawah kerajaan adalah dengan wilayah Taiwan dan sesetengah cebisan wilayah Fujian yang diperintah dalam realiti dengan peruntukkan terhadap wilayah-wilayah lain di negara China yang tidak dapat diguna pakai. Walau bagaimanapun, status bandar Taipei dan Kaohsiung telah diangkat status mereka menjadi wilayah Republik China sentral yang mempunyai status sama seperti wilayah di bawah pemerintahan terus ke kerajaan pusat dan fungsi kerajaan wilayah Taiwan dan Fujian diagihkan diantara kerajaan pusat di Taiwan dan kerajaan jajahan Taiwan.
- Wilayah Taiwan (semua): pulau Taiwan sendiri tidak termasuk wilayah Republik sentral, dengan jajahan Penghu (Kepulauan Pescadores)
- 11 jajahan
- 3 bandar raya tadbiran wilayah
- Wilayah Fujian (cebisan): pulau-pulau kecil berdekatan tanah besar China:
- Jajahan Kinmen (Quemoy)
- sebahagian daripada jajahan Lienchiang, iaitu Kepulauan Matsu
- 6 bandar raya tadbiran langsung
Republik China juga memerintah Kepulauan Dongsha dan Pulau Taiping yang terdiri daripada Kepulauan Laut China Selatan yang hak milik dipertikai. Di bawah sempadan rasmi ROC, mereka merupakan sebahagian daripada wilayah pulau Hainan.
Tambahan pula, walaupun ROC tidak membatalkan tuntutannya terhadap tanah besar China (termasuk Tibet), Mongolia dan Tuva pada tahun 1991 pemerintahan kerajaan PRC di kawasan-kawasan tersebut diakui, dan ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa ROC bercadang untuk tidak lagi menuntut wilayah-wilayah berkenaan. Satu sebab kenapa ROC tidak pernah secara rasmi membubarkan tuntutan mereka terhadap wilayah-wilayah ini adalah kerana rasa takut kepada ancaman kerajaan PRC untuk menyerang Taiwan atas sebarang persediaan untuk merdeka.
Kerajaan DPP di bawah Chen Shui-bian bertindak tidak menghiraukan tuntutan-tuntutan lama ini dengan mewujudkan pejabat perwakilan Taiwan di ibu negara Mongolia, Ulan Bator. Peta-peta rasmi ROC masih menampakkan 35 wilayah di tanah besar dan bukannya 23 seperti mana ditunjukkan oleh peta PRC yang merupakan realiti masa kini. Parti pemerintah DPP telah memansuhkan syarat yang mewajubkan pembuat peta Taiwan untuk menunjukkan sempadan rasmi ROC.
Ketenteraan كتنترأن
Pada hari ini, Republik China di Taiwan mempunyai kerahan tentera yang besar bagi tujuan menentang Republik Rakyat China di tanah besar yang masih nekad berperang dengan Taiwan. Daripada pengunduran ROC di tanah besar pada tahun 1949 sehingga tahun 1970-an, misi utama ketenteraan adalah untuk 'mengambil semula tanah air besar'. Dengan keadaannya sekarang sebagai pertahanan kepada pencerobohan yang bakal dilaksanakan tanah besar China, tentera ROC telah menekankan lagi Tentera Udara dan Tentera Laut daripada Tentera Darat. Kawalan tentera republik juga telah diserahkan kepada rakyat sejagat.
Ahli tentera ROC berjumlah lebih kurang 300,000 dengan simpanan berjumlah 3,870,000. Republik ini telah melaksanakan program bagi mengurangkan ahlinya daripada 430, 000 pada tahun 1990-an berikutan kemajuan alatan perangnya. Umur minima menyertai tentera republik ini adalah 18 tahun, akan tetapi sebahagian daripada program pengurangan ahli ini menampakkan sesetengah ahli ditukar ke agensi kerajaan lain atau industri kerajaan yang relevan kepada ketenteraan. Antara rancangan pada masa kini adalah untuk memodenkan tentera menjadi tentera professional pada dekad yang akan datang dan menghadkan konscripsi kepada 3 bulan.
Perihal utama tentera Taiwan pada ketika ini adalah kemunkinan serangan daripada tanah besar China. Kemungkinan diserang ini adalah realiti yang berkemungkinan besar berlaku. Maka, republik telah bersedia dengan benteng pertahanan yang mantap, latihan serangan udara dan persediaan menghadapi serangan hendap. Kementerian Pertahanan telah bercadang memesan submarin diesel dan batteri anti-peluru dari Amerika Syarikat untuk pertahanan, tetapi telah dihalang pihak Pan-Biru (pembangkang dalam Yuan Perwakilan) baru-baru ini (tahun 2005). Terdapat banyak alatan perang yang telah dibeli oleh ROC dari Amerika Syarikat dibawah Akta Perhubungan Taiwannya. Pada masa lalu, ROC juga telah membeli alatan pertahanan daripada negara Perancis dan Belanda.
Ekonomi ايكونومي
Ekonomi Taiwan sebelum abad ke-20 hampir keseluruhannya berbentuk pertanian. Semasa penjajahan Jepun (1895-1945) pula industrinya mula membangun, dengan orang Jepun membina kebanyakan infrustruktur yang menolong membangunkan ekonomi Taiwan dengan pesat, contohnya landasan keretapi yang menghubungkan utara dan selatan Taiwan.
Republik China yang moden mempunyai ekonomi kapitalis yang dinamik dengan kurang pembabitan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan asing. Di samping ini, beberapa bank dan syarikat awam milik republik juga telah diswastakan. Pertumbuhan GDP adalah sekitar lapan peratus dalam tiga dekad yang telah berlalu dengan eksport yang banyak membantu. Jurang surplus perdagangan juga agak banyak, dan simpanan mata wang asing adalah yang ketiga terbesar di dunia.
Pertanian menyumbang hanya dua peratus daripada GDP, kurang daripada 35 peratus pada tahun 1952. Industri-industri yang dahulunya dijanakan buruh kini diambil-alih oleh kewangan dan teknologi yang intensif. Taiwan telah menjadi pelabur dalam beberapa buah negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam termasuk negara sendirinya di tanah besar China. Kini terdapat 50,000 perniagaan Taiwan di negara China.
Disebabkan pendekatannya yang konservatif kepada kewangan dan semangat entrepreneurialnya yang tinggi, ekonomi Taiwan tidak banyak terjejas berbanding negara-negara jirannya pada krisis kewangan 1997 di Asia. Akan tetapi, ekonomi dunia yang perlahan dan polisi yang tidak cekap telah memungkinkan ekonomi Taiwan terjejas pada tahun 2001 yang lalu, iaitu pertama semenjak tahun 1947. Disebabkan sumber tenaga buruh didatangkan dari tanah besar China, pengangguran juga bertambah buruk dan dijadikan isu semasa pilihanraya presiden ROC tahun 2004 yang lalu.
Disebabkan kerajaan PRC membantah ROC mempunyai perhubugan rasmi dengan negara-negara lain, ROC seringkali menyertai badan ekonomi dunia dibawah nama yang agak pelik seperti Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (台灣、澎湖、金門及馬祖個別關稅領域 ) dibawah Pertubuhan Perdagangan Dunia dan China Taipei dibawah APEC.
Budaya بوديا
Artikel utama: Kebudayaan Republik China
Lain-lain لاين۲
Lihat juga ليهت جوڬ
Rujukan رجوكن
Pautan luar ڤاوتن لوار
- Office of the President
- Control Yuan
- Examination Yuan Diarkibkan 2010-02-01 di Wayback Machine
- Executive Yuan
- Government Information Office
- Judicial Yuan
- Legislative Yuan
- Ministry of Foreign Affairs Diarkibkan 2005-05-09 di Wayback Machine
- National Assembly Diarkibkan 2005-06-30 di Wayback Machine
- Taipei Economic & Cultural Representative Office in the U.S. Diarkibkan 2006-04-04 di Wayback Machine