Salib

Rajah menunjukkan pelbagai jenis salib dibina (Ornamentale Formenlehre karya Franz Sales Meyer, 1886)
Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Salib (Jawi: صليب, menyerap bahasa Arab) atau palang (Jawi: ڤالڠ‎‎) adalah lambang agama Kristian yang didirikan di bumbung gereja atau digantung pada leher penganut Kristian. Salib menjadi identiti agama Kristian sejak sekian lama.

Lambang ini juga terdapat pada lambang Persatuan Palang Merah Sedunia , bendera Switzerland , Britain, Australia dan lain-lain dengan pelbagai gaya, bentuk, saiz dan warna.

Gambaran umum

Sejarah

Perkataan salib pertama kali diucapkan oleh Jesus di dalam injil matius 10:30"Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku". Jesus telah disiksa, dihina, dan diolok-olokan sebelum disalib . Ada ramai orang telah disalibkan sebelum dan selepas Jesus. Inijl Matius menceritakan seperti berikut (27:29) "Mereka menganyam sebuah mahkota duri dan menaruhnya di atas kepala-Nya, lalu memberikan Dia sebatang buluh di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut di hadapan-Nya dan mengolok-olokkan Dia, katanya: "Salam, hai Raja orang Yahudi!". Askar Pilatos Pilate menyangka Jesus hendak menjadi raja Israel, maka sebab itulah Jesus diejek dengan mahkota berduri tersebut.

Hanya setelah Maharaja Constantinus memeluk agama Kristian dari anutan dewa Apollo itu di mana baginda melihat lambang salib dalam mimpi barulah lambang ini digunakan sebagai lambang Kristian terterap pada mata wang dan cop kerajaan Rom sehingga kemangkatan baginda.

  • Di Muzium Iskandariah, Mesir tersimpan sebuah palang salib bagi agama orang Mesir. Palang salib ini bermaksud hidup baru sebab dipalangkan.
  • Di Ireland, ditemui palang salib tua dengan patung manusia disalibkan. Tetapi orang yang disalibkan itu ialah Penguasa Farsi danPem bukan Jesus yang disalibkan. Ini kerana mahkota yang dipakai menyerupai mahkota Raja Farsi dan bukan mahkota duri yang dipakaikan kepada Jesus.( Matius 27:29). Palang salib adalah lambang agama Mithra di Farsi dan telah digunakan berabad-abad lamanya di sana.. Di Ireland dan Chester banyak terdapat tanda-tanda agama ini.

Orang Kristian telah mengunakan kekuatan pedang dan api bagi melenyapkan agama matahari. Hypatia iaitu seorang guru agama matahari telah dibunuh dan perpustakaan Alexanderia / Iskandariah telah dibakar. Hakikatnya segala pengajaran dan adat istiadat agama matahari dibawa masuk ke dalam agama gereja.

Dahulu orang Kristian menggunakan tiga macam salib iaitu huruf T, salib Andreas , bentuk X dan salib Rome + . Salib Jesus sekarang ini 'barangkali' dipengaruhi oleh salib bangsa Rome.

Mulanya orang Kristian menggunakan lambang 'ikan sungai' sebagai lambang agama Kristian. Kubur -kubur orang Kristian abad pertengahan menggunakan lambang 'ikan sungai'. Injil tidak memberi sebarang sebab penggunakan labang 'ikan sungai' kecuali Jesus dikatakan pernah makan 'ikan'.

Orang Kristian dari golongan 'Saksi-Saksi Yehuwa' tidak mengakui Jesus mati dibunuh di palang salib . Mereka menyatakan Jesus mati tergantung di sebuah tiang sahaja yang disebut 'tiang siksa' , tidak di atas kayu salib yang berbentuk palang.

Orang Islam sebagaimana Al Quran menyatakan Jesus atau Nabi Isa gagal ditangkap untuk disalibkan. Sebaliknya malaikat telah membawanya ke langit. St Barnabas dalam Injil Barnabas menyatakan orang yang disalib itu ialah Judas Iscariot.


Rencana berkaitan

Rujukan

  • HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, 1983 , hlm 97

Pautan luar