Sendi lesung

Sendi lesung
1: Sendi lesung; 2: Sendi kondil (elipsoid); 3: Sendi pelana; 4 Sendi engsel; 5: Sendi pangsi;
Kapsul sendi bahu (terkembang). Pandangan anterior.
Pengenalpastian
TAA03.0.00.050
FMAFMA:75301
Terminologi anatomi

Sendi lesung (atau sendi sferoid, bahasa Inggeris: ball-and-socket joint) adalah sejenis sendi sinovia di mana bertemunya permukaan cembung ("antan") dari sebatang tulang dengan permukaan cekung ("lesung") dari satu lagi tulang. Tulang distal (memucuk) mampu bergerak-gerak di sekeliling berbilang paksi yang berkongsi satu pusat. Ini membolehkan sendi bergerak ke pelbagai arah.

Enartrosis (enarthrosis) adalah sejenis sendi sferoid khas di mana "lesung" mencakupi lebih separuh daripada permukaan "antan".[1]

Contoh

Antara contoh sendi ini termasuk:

  • bahagian pinggul di mana hulu tulang femur (antan) terpasang dalam lekuk asetabulum (lesung) dalam pelvis;
  • bahagian sendi bahu di mana hujung atas humerus (antan) terpasang dalam lekuk glenoid (lesung) dalam tulang belikat;
  • bahagian falanks (jari kaki dan tangan). [2]

Rujukan

Artikel ini menggabungkan teks di dalam domain awam daripada page 287 of edisi ke-20 Gray's Anatomy (1918)

  1. ^ Platzer, Werner (2008) Color Atlas of Human Anatomy, Volume 1, p.28
  2. ^ Introduction to Joints: Synovial Joints - Ball and Socket Joints Diarkibkan 2011-07-20 di Wayback Machine

Pautan luar