Tali

Gelung tali yang digunakan sebagai tali rawai

Tali adalah seutas serat, dipilin atau dianyam bersama untuk meningkatkan kekuatan bagi menarik dan menyambung. Ia mempunyai kekuatan tegangan tetapi terlalu lentur untuk memberikan kekuatan mampatan (contohnya, ia boleh digunakan bagi menarik, bukan menolak). Tali lebih tebal dan kukuh berbanding benang, atau akar.

Bahan yang biasa digunakan bagi menghasilkan tali termasuk serat semula jadi seperti gentian Manila, hem, linen, kapas, sabut, jut dan sisal. Serat buatan dalam penghasilan tali termasuklah polipropilena, nilon, poliester (contoh. PET, Vectran), polietilena (contoh. Spectra) dan Aramid (contoh. Twaron, Technora dan Kevlar). Sesetengah tali dihasilkan melalui campuran beberapa serat atau menggunakan serat ko-polimer. Tali juga boleh dibuat dari serat logam. Selain itu, tali juga telah dihasilkan dari bahan berserat seperti sutera, bulu biri-biri, dan rambut, tetapi tali sedemikian tidak didapati secara meluas. Rayon merupakan serat dikitar yang digunakan bagi menghasilkan tali hiasan.

Tali adalah amat penting dalam bidang seperti pembinaan, pelautan, pengembaraan, sukan dan perhubungan dan semenjak zaman prasejarah lagi. Untuk mengikat tali, sejumlah besar simpulan telah direka bagi pelbagai kegunaan. Takal telah digunakan bagi mengarah kuasa tarikan ke arah lain, dan mungkin telah digunakan bagi mencipta kelebihan mekanikal, membenarkan beberapa utas tali bagi berkongsi beban dan menggandakan kekuatan yang diberikan pada hujungnya. Win dan kapstan pula merupakan mesin yang direka untuk menarik tali.

Sejarah

Mesir Purba merupakan yang pertama merekodkan perkakasan menghasilkan tali
Pembuat tali Jerman, sekitar 1470 M
Pertunjukan umum teknik menghasilkan tali dalam sejarah

Penggunaan tali bagi memburu, menghela, mengikat, menyambung, membawa, mengangkat, dan memanjat bermula sejak zaman purba dan sentiasa penting bagi kemajuan teknologi manusia. Kemungkinannya "tali " terawal adalah gentian tumbuhan sedia ada, seperti pokok memanjat, diikuti selepasnya dengan cubaan pertama memilin dan menganyam beberapa utasan untuk membentuk tali sebenar dalam erti kata moden. Cebisan fossil kemungkinannya "dua pilin talin sepanjang sekitar 7 mm diameter" dijumpai di gua Lascaux, bertarikh dari sekitar 17,000 Sebelum Masihi.[1]

Kemungkinannya orang-orang Mesir Purba merupakan tamadun pertama yang memajukan perkakasan khas bagi menghasilkan tali. Tali Mesir bertarikh dari 4000 hingga 3500 S.M. dan biasanya dihasilkan dari gentian rumput reed air (water reed fibers). Tali lain di masa lalu dihasilkan dari gentian pokok tamar, flax, rumput, papirus, kulit, atau rambut haiwan. Kegunaan tali sedemikian yang dihela oleh beribu pekerja membenarkan Mesir mengalih batu berat yang diperlukan bagi membina mercu tanda mereka. Bermula dari sekitar 2800 S.M., talu yang dihasilkan dari gentian hemp digunakan di China. Tali dan seni menghasilkan tali tersebar sepanjang Asia, India, dan Eropah selama beberapa ribu tahun berikutnya.

Pada Zaman Pertengahan (dari kurun ke tiga belas sehingga kurun ke lapan belas), dari Kepulauan British sehingga ke Itali, tali dibina dalam bentuk yang dikenali sebagai jalan tali, bangunan yang sangat panjang di mana untaian tali sepanjangnya diregangkan dan ditindan (laid up) atau dijalin untuk membentuk tali. Panjang kabel dengan itu ditetapkan oleh panjang bangunan jalan tali. Ini berkait dengan unit panjang yang diistilahkan sebagai panjang kabel. Ini membenarkan tali panjang sehingga 300 ela atau lebih dihasilkan. Tali pendek tidak berguna di kapal tinggi yang memerlukan tali yang panjang, berukur lilit sekata, dan kukuh. Tali pendek memerlukan sambungan untuk memanjangkannya. Bentuk sambungan terkukuh adalah sambungan pendek, yang menggandakan ukur lilit tali pada kawasan sambungan. Ini akan menimbulkan masalah dalam perkakasan rig seperti takal dan gelendong.

Leonardo da Vinci melakar konsep mesin pembuat tali, tetapi sebagaimana kebanyakan ciptaannya, ia tidak pernah dibina. Walaubagaimanapun, pencapaian pembinaannya yang menakjubkan dicapai tanpa menggunakan teknologi maju: Pada 1586, Domenico Fontana menegakkan obelisk 327 tan di Medan Saint Peter, Rom dengan usaha bersama 900 orang, 75 kuda, dan jumlah takal yang tidak terbilang dan bermeter tali. Menjelang akhir 1700-an beberapa mesin yang boleh digunakan telah dibina dan dipaten.

Tali terus dihasilkan dengan menggunakan gentian semulajadi sehingga 1950-an apabila gentian buatan seperti nilon menjadi popular.

Jenis pembuatan tali

Tali rentang atau pulas

Tali baring, juga dikenali sebagai tali pulas, secara sejarah adalah bentuk tali yang meluas digunakan, setidaknya dalam sejarah moden Barat. Kebanyakan tali pulas terdiri dari tiga utas dan biasanya direntang ke kanan, atau dipulas kearah kanan. Biasanya, tali rentang tiga utas dikenali sebagai biasa atau tali rentang hawser. Tali empat utas biasanya dikenali sebagai shroud-laid, dan tali yang dipulas menggunakan 3 atau lebih tali dikenali sebagai kabel rentang - (laid cable).

Penghasilan tali menggunakan kaedah tali pulas pada Mesin Pembuat Tali Metters 1928

Tali pulas dihasilkan dalam tiga langkah. Pertama, gentian dikumpul dan dipulas bagi menghasilkan benang. Sejumlah benang ini kemudiannya dipulas bersama bagi membentuk utasan. Utasan ini dipulas bersama bagi membentuk tali. Pulasan benang berlawanan dengan utasan, dan seterusnya berlawanan dengan arah pulasan tali. Pulasan berlawanan ini membantu mengekalkan bentuk tali. Sebaliknya, tali yang dihasilkan menggunakan kaedah ini terurai di bawah tekanan, yang menyebabkan putaran, herotan, hockling dan regangan. Sebarang tali jenis ini perlu dibebat hujungnya mengunakan sabarang cara untuk menghalangnya dari terburai. Tali pulas mempunyai kecenderungan bagi dililit. Tali rentang normal perlu dililit dengan matahari, atau ikut arah jam, bagi menghalang herot. Lilitan arah ini memberi pulasan kepada tali. Salah satu kelemahan kaedah ini adalah setiap gentian terdedah kepada geseran beberapa kali sepanjang panjang tali tersebut. Ini bererti bahawa tali itu boleh merosot kepada serpihan beberapa inci, yang tidak mudah dikesan menggunakan mata kasar.

Tali dianyam

Tali hiasan tebal.

Tali anyam biasanya dihasilkan dari nilon, poliester atau polipropilena. Nilon dipilih bagi ciri menegang lenturnya dan tahan kepada cahaya sinar ultraungu. Poliester adalah 90% sekukuh nilon tetapi kurang menegang bawah bebanan, lebih tahan geseran, mempunyai ketahanan lembayung ungu yang lebih, dan kurang berubah panjang apabila basah. Polypropylene disukai kerana kos rendah dan ringan (ia timbul dalam air).

Anyaman tunggal terdiri dari jumlah utas genap, biasanya lapan atau dua belas, dianyam dalam pola bulat dengan separuh utas kearah jam dan separuh yang lain melawan jam. Utas-utas ini disilang dengan anyaman biasa atau anyaman silang (twill). Rongga tengah mungkin besar atau kecil; dalam kes pertama istilah anyaman berongga kadang kala digunakan. Anyaman kembar, juga dikenali sebagai anyaman pada anyaman, terdiri dari anyaman dalaman mengisi rongga pusat dikelilingi oleh anyaman luaran, yang mungkin menggunakan bahan yang sama atau berlainan. Sering kali gentian anyaman dalaman dipilih bagi kekuatannya sementara gentian anyaman luaran dipilih kerana daya tahan geseran bagi menahan tali dari haus. Dalam anyaman padu kesemua utua-utas berada dalam arah yang sama, melawan pusingan jam atau menurut pusingan jam, dan sela antara membentuk luaran dan dalaman tali. Binaan ini popular bagi tali utiliti kegunaan umum tetapi jarang dalam keluaran berprestasi tinggi khusus.

Tali Kernmantle mempunyai teras (kern) gentian pulas yang panjang di terasnya, dengan sarung luar dianyam atau selubung gentian dianyam. Teras memberikan kebanyakan kekuatan (sekitar 70%), sementara selubung melindungi teras dan menentukan ciri-ciri kendalian tali (berapa mudah ia dipegang, diikat, dan lain-lain). Dalam tali memanjat dinamik, gentian teras biasanya dipulas, dan dipotong kepada bahagian pendek yang menjadikan tali lebih meregang. Tali kelonsong teras dihasilkan dengan gentian teras tidak dipulas dan anyaman lebih ketat, yeng menyebabkan ia lebih kaku sebagi tambahan kepada menghadkan regangan.

Tali dianyam (dan objek seperti hos taman, gentian optik atau kabel sepaksi, dll) yang tidak memiliki pintal, atau putaran terwujud, akan terbuka dari gelungnya dengan lebih baik jika digelungkan ke dalam bentuk-8, di masa putaran tali sentiasa disongsangkan dan pada dasarnya terluput.

Rujukan

  1. ^ J.C. Turner and P. van de Griend (ed.), The History and Science of Knots (Singapore: World Scientific, 1996), 14.

Sumber

  • Lane, Frederic Chapin, 1932. The Rope Factory and Hemp Trade of Venice in the Fifteenth and Sixteenth Centuries, Journal of Economic and Business History, Vol. 4 No. 4 Suppl. (August 1932).
  • Plymouth Cordage Company, 1931. The Story of Rope; The History and the Modern Development of Rope-Making, Plymouth Cordage Company, North Plymouth, Mass.
  • Sanctuary, Anthony, 1996. Rope, Twine and Net Making, Shire Publications Ltd., Cromwell House, Princes Risborough, Buckinghamshire.
  • Teeter, Emily, 1987. Techniques and Terminology of Rope-Making in Ancient Egypt, Journal of Egyptian Archaeology, Vol. 73 (1987).
  • Tyson, William, no date. Rope, a History of the Hard Fibre Cordage Industry in the United Kingdom, Wheatland Journals, Ltd., London
  • Smith, Bruce&Padgett, Allen, 1996. On Rope. North American Vertical Rope Techniques, National Speleological Society, Huntsville, Alabama.
  • Gaitzsch, W. Antike Korb- und Seilerwaren, Schriften des Limesmuseums Aalen Nr. 38, 1986
  • Gubser, T. Die bäuerliche Seilerei, G. Krebs AG, Basel, 1965
  • Militzer-Schwenger, L.: Handwerkliche Seilherstellung, Landschaftsverband Westfalen-Lippe, 1992
  • Nilson, A. Studier i svenskt repslageri, Stockholm, 1961
  • Pierer, H.A. Universal-Lexikon, Altenburg, 1845
  • Schubert, Pit. Sicherheit und Risiko in Fels und Eis, Munich, 1998
  • Strunk, P.; Abels, J. Das große Abenteuer 2.Teil, Verlag Karl Wenzel, Marburg, 1986
  • Hearle, John W. S. & O'Hear & McKenna, N. H. A. Handbook of Fibre Rope Technology, CRC Press, 2004

Pautan luar