Drup

Gambarajah keratan rentas sebiji persik dengan bahagian isi buah dan bijinya.

Drup atau drupa (daripada Latin; bahasa Inggeris: drupe) mahupun pepauh merujuk kepada kategori buah-buahan di mana isi luar buah (eksokarpa dan mesokarpa) mengelilingi satu tempurung keras yang mengandungi biji benih (kernel) di dalamnya.[1] Buah ini biasanya terbentuk dari satu karpel tunggal; sebahagian besar datang daripada bunga yang mempunyai ovarium besar.[1]

Terdapat banyak spesies tumbuhan yang menghasilkan buah drup: kopi, jujube, mangga, zaitun, palma (termasuk açaí, kurma, kelapa dan kelapa sawit), pistacio, gajus, dan semua spesies dalam genus Prunus termasuk badam (di mana mesokarpa agak keras), aprikot, ceri, persik (baik jenis nektarin atau pic) dan plum. Istilah "buah keras" merupakan sinonim drup atau lebih biasa membawa maksud buah genus Prunus.

Peranan dalam penyebaran biak

Banyak buahan jenis drup, mengandungi lapisan isi luar yang manis dan menarik perhatian binatang pemakan. Spesies berkenaan dibantu berpencar hasil penyebaran biji benih ini.

Rujukan

  1. ^ a b Stern, Kingsley R. (1997). Introductory Plant Biology (ed. Seventh). Dubuque: Wm. C. Brown. ISBN 0-07-114448-X.