John Quincy Adams
John Quincy Adams | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat Ke-6 | |
Dalam jawatan 4 Mac 1825 – 4 Mac 1829 | |
Naib Presiden | John C. Calhoun |
Didahului oleh | James Monroe |
Digantikan oleh | Andrew Jackson |
Butiran peribadi | |
Lahir | 11 Julai 1767 Braintree, Massachusetts |
Meninggal dunia | 23 Februari 1848 Washington, D.C. |
Kerakyatan | Amerika |
Parti politik | Federalis, Republik, Republik Nasional, dan Whig |
Pasangan | Louisa Johnson |
Anak-anak |
|
Ibu | Abigail Smith |
Bapa | John Adams |
Tandatangan |
John Quincy Adams ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-6 dengan masa jabatan 4 Mac 1825 hingga 4 Mac 1829.
Adams adalah anak kepada Presiden John Adams dan Abigail Adams.
John Quincy Adams lahir di Braintree, Massachusetts pada 11 Julai 1767. Pada tahun-tahun pertama revolusi Amerika Syarikat, John Quincy Adams mendapat pendidikan dari orang tuanya, lalu beliau melanjutkan pelajaran di Paris, Leiden, dan Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Beliau memperoleh ijazahnya pada usia 21 tahun.
John Quincy Adams mahir dalam bahasa dan sejarah kuno. Beliau adalah seorang peguam Amerika, ahli diplomat, dan ahli politik
Setelah selesai belajar undang-undang, John Quincy Adams menjadi peguam di Boston, Massachusetts. Beliau juga menulis rencana untuk sebuah akhbar harian di Boston. Presiden George Washington tertarik dengan rencana yang ditulis, rencana-rencana ini mempertahankan kebijaksanaan Presiden yang menjalankan politik neutral terhadap tindak-tanduk politik utusan Perancis di Amerika Syarikat.
Pada tahun 1793, Presiden George Washington mengangkatnya menjadi wakil Amerika Syarikat di Belanda, kala itu beliau baru berumur 26 tahun. Setelah Belanda, beliau ditugaskan di Berlin, Jerman. Pada tahun 1802, semasa beliau berusia 36 tahun, beliau terpilih menjadi utusan Amerika untuk Rusia.
Sewaktu bertugas di bawah Presiden James Monroe, John Quincy Adams termasuk salah satu menteri luar negeri Amerika Syarikat yang paling ulung. Salah satu kejayaannya adalah menjadikan Florida, yang asalnya jajahan Sepanyol, menjadi salah satu negeri Amerika Syarikat. Bersama dengan Presiden James Monroe, beliau turut menyusun Doktrin Monroe, yang memperingatkan Eropah untuk tidak campur tangan dalam urusan dalamam negara-negara Amerika Selatan.
Pada tahun 1825, John Quincy Adams dipilih menjadi Presiden oleh Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat, kerana baik dia ataupun wakil-wakilnya tidak mendapatkan satu majoriti yang menentukan Dewan Pemilihan. Sekutu partinya terdiri daripada Federal, Demokrat-Republik, Republik Kebangsaan, dan Whig. Saat menjawat sebagai presiden, beliau didampingi oleh timbalan presiden John C. Calhoun.
Presiden John Quincy Adams mengusahakan politik negara yang kuat di bawah presiden. Kebijakan kebijakannya termasuk;
- Menggunakan Bank Pusat Amerika sebagai alat kekuasaan fiskal negara
- Cukai ditetapkan untuk melindungi perindustrian dalam negeri
- Tanah-tanah pemerintah diurus dari pusat untuk mengatur penjualan dan pemakaiannnya
- Suku suku Indian Amerika dan tanah-tanah mereka diurus dari pusat untuk melindungi mereka dari negeri
- Membuat program negara yang luas untuk mendatangkan kebaikan dalam pembangunan jalan raya, terusan, dan landasan kereta api
- Memperbaiki bidang pendidikan; mengembangkan dunia ilmiah, dan menyelidiki tempat-tempat di bawah pimpinan negara.
John Quincy Adams meninggalkan Rumah Putih pada tahun 1828 kerana dikalahkan oleh Andrew Jackson dalam pilihan raya presiden. Beliau kemudian kembali ke Massachusets untuk menikmati buku-bukunya dan rumahnya hingga beliau meninggal dunia. Tetapi dua tahun kemudian, dengan tidak disangka-sangka olehnya, beliau dipilih menjadi anggota dewan perwakilan rakyat Amerika. Sejak itu, beliau menjadi anggota dewan yang ulung. Di antara sumbangannya sebagai anggota dewan, ebliau menentang; penganiayaan, penindasan Texas oleh Mexico, dan peperangan dengan Mexico.
John Quincy Adams jatuh pengsan di ruang sidang dewan perwakilan rakyat. Beliau meninggal dunia dua hari kemudian pada 23 Februari 1848 di Washington D.C. ketika berusia 81 tahun.
Rujukan
- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
Lihat juga:
- Daftar Presiden AS
Didahului oleh James Monroe |
Presiden Amerika Syarikat 4 Mac 1825 – 4 Mac 1829 |
Diikuti oleh: Andrew Jackson |