Kaspersky_Lab

Kaspersky Lab
Dinamakan sempenaEugene Kaspersky Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSendirian Berhad
IndustriPerisian Komputer
Ditubuhkan1997
PengasasEugene Kaspersky
Ibu pejabatMoscow, Rusia
Kawasan perkhidmatanSekuriti Komputer
Tokoh pentingEugene Kaspersky
Natalya Kaspersky
Vitaly Bezrodnykh
KeluaranSecuriti
Hasil619,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2015) Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan3,600 (2017) Sunting ini di Wikidata
Tapak webKaspersky.com
Facebook: KasperskyLab Twitter: Kaspersky Instagram: kasperskylab LinkedIn: kaspersky-lab Youtube: UCGhEv7BFBWdo0k4UXTm2eZg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kaspersky Lab merupakan syarikat yang membangunkan, menghasil dan mengedar maklumat atau produk penyelesaian sekuriti atau keselamatan yang menghadang ancaman IT dan membenarkan pengguna mengurus risiko yang timbul seperti anti-virus, anti-spyware, anti-spam dan anti-penceroboh. Kaspersky, juga menyediakan produk dalam menghalang ancaman virus, penggodam dan spam untuk rumah(personal) dan syarikat (enterprise), juga menyediakan khidmat rundingan dan sokongan teknikal.

Kaspersky ditubuhkan dalam tahun 1997, dan ia merupakan vendor atau pembekal perisian maklumat sekuriti antarabangsa. Beribupejabat di Moscow, Rusia dan mempunyai beberapa lagi buat syarikat disektar United Kingdom, Perancis, Jerman, Belanda, Poland, Jepun, Korea, Romania, Amerika Syarikat dan China.

Kaspersky telah menerima pengiktirafan usahasama dari Microsoft Gold untuk penyelesaian sekuriti, dan juga merupakan rakan usahasama untuk SUSE dan Red Hat. Perisian antivirus Kaspersky 6 telah mendapat pilihan pengedit CNET untuk tahun 2007 dan telah mendapat tempat pertama untuk Top 8 Windows Anti-viurs dari About.com. Begitu juga, Kaspersky telah menjalin usahasama dengan kerajaan Malaysia dalam menangani masalah pencurian dan pencerobohan disektor swasta.

Produk

Personal

  • Kaspersky® Internet Security
  • Kaspersky® Anti-Virus
  • Kaspersky® Anti-Virus Mobile

Syarikat

  • Kaspersky Work Space Security
  • Kaspersky Business Space Security
  • Kaspersky Enterprise Space Security
  • Kaspersky Total Space Security

Kaspersky, juga membenarkan pengguna mendapat penyemakkan virus atas talian secara percuma. Diantra penyemakan masa nyata yang diperkenalkan ialah Kaspersky Online Virus Scanner dan Kaspersky File Scanner. Produk ini tidak seperti produk personal yang membenarkan pengguna mencuba sehingga 30 hari sahaja dan kemudiannya pengguna perlu menlanggan secara bayaran tahunan untuk mendapat khidmat produk Kaspersky.

Pautan luar