Perahu (Jawi: ڤراهوcode: ms is deprecated ), sampan (Jawi: سمڤن) atau bot (Jawi: بوت) merupakan sejenis kenderaanair yang biasanya lebih kecil dari kapal. Sesetengah perahu boleh dibawa di atas kapal atau darat menggunakan treler - malah salah satu pengertian perahu ialah sejenis lancang air yang boleh dibawa oleh kapal.
Peristilahan
Kata perahu ini sebenarnya mengalami penyempitan makna, kerana paling tidak sampai abad ke-17, perahu merujuk pada kapal besar (lihat perahu K'u-lun), bahkan geliung Barat pun dulunya dikategorikan sebagai perahu, sampai digantikan oleh kata "kapal" pada bahasa Melayu moden, yang sejatinya berasal dari rumpun bahasa Dravida "kappal".[1] Perkataan ini mula muncul dalam kesusasteraan Tamil sebagai perkataan கப்பல் (kappal) selepas abad ke-17.[2] Kenderaan yang disebut "perahu" di zaman moden, dulu disebut sampan (Jawi: سمڤنcode: ms is deprecated ; berasal dari kata Cina 舢舨).[3]
Gambaran binaan
Struktur apungan
Perahu mempunyai struktur pengapungan yang dipanggil hul dan sistem dorongan seperti kipas, dayung, galah, layar dan jet air.
Sistem dorongan
Perahu boleh digerakkan melalui air dengan beberapa cara, antaranya: