Polo air

Polo air
Pemain dari Greece (putih) dan Hungary (biru) sewaktu Kejuaraan Junior Dunia 2004 di Naples, Itali.
Badan induk tertinggiFINA
Nama samaranPolo, Wopo, bola sepak air, bola kolam
CreatedPenghujung abad ke-19
Ciri-ciri
ContactYes
Ahli pasukan7 (6 orang pemain dan seorang penjaga gol)
JenisDalam atau luar, akuatik
PeralatanBola polo air, gol polo air, topi polo air
TempatKolam polo air
Kemunculan
Negara atau wilayahSeluruh dunia
Sukan OlimpikSebahagian daripada program Olimpik Musim Panas sejak 1900

Polo air merupakan sebuah sukan kompetitif yang dimainkan secara berkumpulan di dalam air oleh dua pasukan. Permainan ini terdiri daripada empat pusingan, kebiasaanya lapan minit, di mana kedua-dua pasukan cuba menjaringkan jaringan (atau gol) dan membaling bola ke gol pasukan lawan. Pasukan dengan jaringan terbanyak di akhir perlawanan dikira sebagai pemenang. Setiap pasukan terdiri daripada enam orang pemain dan seorang penjaga gol.Kecuali penjaga gol, kesemua pemain akan bermain di bahagian pertahanan dan serangan. Polo air kebiasaannya di main dalam kolam yang mempunyai kedalaman tujuh kaki (atau dua meter).

Perlatan khas untuk polo air termasuklah bola polo air, yang terapung di atas air; topi yang mempunyai nombor dan berwarna; serta dua buah gol, samaada terapung di dalam air atau terikat di kedua-dua bahagian kolam.

Polo air dipercayai bermula di Scotlan pada penghujung abad ke-19 dan dikenali sebagai "ragbi air". William Wilson dianggap telah membangunkan permainan ini dalam tempoh yang sama. Ia telah dibangunkan dengan pembentukan Liga Polo Air London dan sejak itu ia manjadi popular di beberapa negara termasuklah di Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, China, Kanada dan Australia.

Rujukan

Sumber