Roaring Forties
Roaring Forties (iaitu Deruan Empat Puluhan) ialah angin baratan dijumpai di Hemisfera Selatan, secara amnya di antara garis-garis lintang 40 darjah dan 50 darjah.[1] Arus udara barat ke timur kuat disebabkan oleh gabungan udara disesarkan dari Khatulistiwa ke arah Kutub Selatan dan putaran Bumi, dan ada beberapa jisim bumi sebagai tampan angin.
Roaring Forties merupakan bantuan utama kepada kapal yang belayar dari Eropah ke Hindia Timur atau Australasia semasa Zaman Pelayaran, dan dalam kegunaan moden dipilih oleh pekapal pesiar dalam pelayaran dan pertandingan mengelilingi dunia. Sempadan Roaring Forties adalah tidak tekal, dan menganjak ke utara atau ke selatan bergantung pada musim. Keadaan serupa tetapi lebih kuat berlaku di garis lintang lebih selatan dan dirujuk sebagai Furious Fifties dan Shrieking atau Screaming Sixties.
Lihat juga
- Laluan pengetip
- Garis lintang kuda
- Angin pada Zaman Pelayaran
- Arus lilit kutub Antartik
Rujukan
- ^ Catchpole, Heather (20 September 2007). "Roaring forties". In Depth. ABC Science. Dicapai pada 7 April 2011.
Pautan luar
- Clipper Ships in Heavy Weather Diarkibkan 2012-09-10 di Wayback Machine