Sagittarius A*
Data cerapan Epok J2000 Ekuinoks J2000 | |
---|---|
Buruj | Sagittarius |
Jarak hamal | 17j 45m 40.0409s |
Keserongan | −29° 0′ 28.118″[1] |
Perincian | |
Jisim | ×1036 kg 8.26 ±0.014)×106 (4.154[2] M☉ |
Astrometri | |
Jarak | ±42 26,673[2] ly (±13 8,178[2] pc) |
Rujukan pangkalan data | |
SIMBAD | data |
Sagittarius A* (disebut "Sagittarius A-Bintang" (Jawi: ساڬيتاريوس إيه بينتڠ ), disingkat Sgr A*) ialah lohong hitam supermasif[3][4][5] di dalam pusat Bima Sakti, berdekatan sempadan buruj-buruj Pemanah (Sagittarius) dan Kala (Scorpius) kira-kira 5.6° selatan ekliptik.[6] Lohong hitam ini sumber radio astronomi yang terang dan padat.
Nama lohong hitam ini ada sebab sejarahnya. Huruf A menandakan sumber radio paling terang dalam buruj Pemanah. Tanda bintang ( * ) pada nama lohong hitam ini kerana penemuannya dianggap "menguja",[7] dan dalam fizik atom, tatanama atom teruja ditandakan dengan tanda bintang. Tanda bintang ini diberikan pada tahun 1982 oleh Robert L. Brown[8] yang memahami bahawa pancaran radio terkuat dari pusat galaksi dinampakkan akibat sebuah objek radio tidak terma padat.
Pemerhatian beberapa bintang yang mengorbit sekitar Sagittarius A*, terutamanya bintang S2, telah digunakan untuk mencari jisim dan had atas jejari objek. Berdasarkan jisim dan had atas ini, ahli-ahli falak telah menyimpulkan bahawa Sagittarius A* mesti lohong hitam supermasif Bima Sakti.[9] Nilai semasa jisim lohong hitam ini ialah 4.154 (± 0.014) juta jisim matahari.[2]
Pada 12 Mei 2022, ahli-ahli falak menyiarkan gambar Sagittarius A* diambil daripada data pemerhatian radio Event Horizon Telescope pada April 2017,[10] gambar ini mengesahkan objek tersebut sebagai sebuah lohong hitam. Gambar ini gambar lohong hitam kedua yang disahkan selepas gambar lohong hitam yang diambil daripada galaksi Messier 87 pada tahun 2019.[11][12]
Lihat juga
- Astronomi sinar-x
Rujukan
- ^ Reid and Brunthaler 2004
- ^ a b c d The GRAVITY Collaboration (April 2019). "A geometric distance measurement to the Galactic center black hole with 0.3% uncertainty". Astronomy & Astrophysics. 625: L10. arXiv:1904.05721. Bibcode:2019A&A...625L..10G. doi:10.1051/0004-6361/201935656. S2CID 119190574. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2019. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ "Scientists find proof a black hole is lurking at the centre of our galaxy". Metro (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ "A 'mind-boggling' telescope observation has revealed the point of no return for our galaxy's monster black hole". The Middletown Press. 31 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-31. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ Plait, Phil (8 November 2018). "Astronomers see material orbiting a black hole *right* at the edge of forever" (dalam bahasa Inggeris). Syfy Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2018. Dicapai pada 12 November 2018.
- ^ Dikira menggunakan "Equatorial and Ecliptic Coordinates". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2019.
- ^ Goss, W. M.; Brown, Robert L.; Lo, K. Y. (September 2003). "The Discovery of Sgr A*". Astronomische Nachrichten (dalam bahasa Inggeris). 324 (S1): 497–504. arXiv:astro-ph/0305074. Bibcode:2003ANS...324..497G. doi:10.1002/asna.200385047. ISSN 0004-6337.
- ^ Brown, R. L. (1982). "1982ApJ...262..110B Page 110". The Astrophysical Journal. 262: 110. Bibcode:1982ApJ...262..110B. doi:10.1086/160401. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ Henderson, Mark (9 Disember 2008). "Astronomers confirm black hole at the heart of the Milky Way". Times Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2008. Dicapai pada 17 Mei 2009.
- ^ Bower, Geoffrey C. (May 2022). "Focus on First Sgr A* Results from the Event Horizon Telescope". The Astrophysical Journal. Dicapai pada 12 Mei 2022.
- ^ "Astronomers reveal first image of the black hole at the heart of our galaxy". eso.org. 12 Mei 2022. Dicapai pada 12 Mei 2022.
- ^ Cite warning:
<ref>
tag with nameNYT-20220512
cannot be previewed because it is defined outside the current section or not defined at all.
Pautan luar
- UCLA Galactic Center Group – latest results retrieved 8/12/2009
- Is there a Supermassive Black Hole at the Center of the Milky Way? (arxiv preprint)
- 2004 paper deducing mass of central black hole from orbits of 7 stars (arxiv preprint)
- ESO video clip of orbiting star (533 KB MPEG Video)
- The Proper Motion of Sgr A* and the Mass of Sgr A* (PDF)
- NRAO article regarding VLBI radio imaging of Sgr A*
- Peering into a Black Hole, video New York Times 2015