20 Oktober
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2023 |
20 Oktober merupakan hari ke-293 (hari ke-294 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 72 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari Kelahiran Báb (Bahai).
Peristiwa
- 1740 - Maria Theresa (gambar) menaiki takhta Habsburg Austria, selaras dengan Persetujuan Pragmatik 1713.
- 1756 - Tamjidullah I, Sultan Kesultanan Banjar di Kalimantan membuat perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Belanda.
- 1803 - Amerika Syarikat mengambil alih Wilayah Louisiana yang dibeli dari Perancis.
- 1818 - United Kingdom dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian 1818, yang menetapkan sempadan Kanada – Amerika Syarikat mengikut selarian ke-49 utara.
- 1827 - Perang Kemerdekaan Yunani: Tentera laut bersekutu United Kingdom, Perancis dan Rusia memusnahkan gabungan armada Turki Uthmaniyyah dan Mesir di Pertempuran Navarino.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Beribu-ribu orang awam di Kragujevac di Serbia yang diduduki Jerman dibunuh dalam Pembunuhan Kragujevac.
- 1944 - Douglas MacArthur memasuki semula Filipina semasa Pertempuran Leyte.
- 1947 - Suatu hartal membangkang usulan perlembagaan baharu untuk Tanah Melayu dilaksanakan Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya serata Tanah Melayu dan Singapura.
- 1955 - The Return of the King, bahagian terakhir siri novel fantasi The Lord of the Rings diterbitkan.
- 1964 - Pendirian Partai Golongan Karya, parti politik amat berpengaruh semasa zaman rejim Orde Baru diperintah Suharto di Indonesia.
- 1973 - Sydney Opera House di Sydney, Australia dibuka secara rasmi oleh Ratu Australia Elizabeth II.
- 1999 - Abdurrahman Wahid dilantik sebagai Presiden Indonesia ke-4.
- 2004 - Susilo Bambang Yudhoyono dilantik sebagai Presiden Indonesia ke-6 dengan Muhammad Jusuf Kalla sebagai timbalan atau "wakil"-nya.
- 2007 - Ali Larijani meletakkan jawatannya sebagai ketua perunding program nuklear Iran dan setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran.
- 2008 - Astro Nusantara menamatkan perkhidmatannya.
- 2009 - ECOWAS menggantung keahlian Niger atas sebab krisis perlembagaannya yang masih berlangsung.
- 2011 - Pemimpin Libya yang digulingkan Muammar Gaddafi terbunuh di Sirte, dengan Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya menguasai bandar tersebut.
- 2014 - Joko Widodo dilantik sebagai Presiden Indonesia ke-7 periode 2014-2019, dengan Muhammad Jusuf Kalla sebagai wakilnya di gedung MPR/DPR.
Kelahiran
- 1784 – Henry John Temple, Viscount ke-3 Palmerston, cendekiawan Inggeris dan Perdana Menteri United Kingdom (meninggal 1865)
- 1859 – John Dewey, filsuf dan ahli psikologi Amerika Syarikat (meninggal 1952)
- 1942 – Christiane Nüsslein-Volhard, ahli biologi dan genetik Jerman, pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan
- 1946 – Elfriede Jelinek, penulis Austria, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
- 1947 - Abdul Hadi bin Awang, seorang Menteri Besar Terengganu ke-11
- 1984 - Balqees Ahmed Fathi, penyanyi dan pelakon wanita Yaman dan Emiriah Arab Bersatu
- 1990 - Mayada, penyanyi Indonesia
Kematian
- 1936 - Anne Sullivan, pengajar Amerika Syarikat (lahir 1866).
- 1964 - Herbert Hoover, Presiden Amerika Syarikat ke-31
- 1972 - Harlow Shapley, saintis dan aktivis Amerika Syarikat (lahir 1885)
- 1967 – Shigeru Yoshida, diplomat dan Perdana Menteri Jepun ke-32 (lahir 1878)
- 1977 – Steve Gaines, gitaris Amerika Syarikat dari Lynyrd Skynyrd (lahir 1949)
- 1977 – Ronnie Van Zant, penyanyi Amerika Syarikat dari Lynyrd Skynyrd (lahir 1948)
- 1984 – Carl Ferdinand Cori, ahli biokimia dan farmakologi Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel (lahir 1896)
- 1984 – Paul Dirac, ahli fizik dan matematik Inggeris, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1902)
- 1987 – Andrey Kolmogorov, ahli matematik Rusia (lahir 1903)
- 1999 – Jack Lynch, pemain bola sepak, peguam, dan Perdana Menteri Ireland ke-5 (lahir 1917)
- 2000 - Johannes Abraham Dimara, Pahlawan Nasional Indonesia asal Papua.
- 2005 - Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri Malaysia ke-5 Abdullah Ahmad Badawi (lahir 1941).
- 2011 - Muammar Gaddafi, Ketua Negara Libya
- 2011 – Mutassim Gaddafi, kolonel tentera dari Libya (lahir 1977)
- 2012 – Paul Kurtz, filsuf dan cendekiawan dari Amerika Syarikat (lahir 1925)
- 2018 – Wim Kok, Perdana Menteri Belanda (lahir 1938)