Rencana ini mengenai laluan London Underground. Untuk sebuah "garisan daerah" secara literal, sila lihat sempadan. Untuk album oleh Bob Mould, sila lihat District Line (album).
Laluan District
Sebuah kereta api laluan District di Earl's Court dengan sebuah perkhidmatan ke Wimbledon
Laluan District merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Dalam peta London Underground laluan ini diberi warna hijau. Laluan ini merupakan suatu laluan "subpermukaan" (berada di bawah permukaan tanah) yang beroperasi di kawssan tengah terowong gali dan timbus. Antara semua laluan subpermukaan, laluan District merupakan laluan yang paling sibuk. 25 buah stesen daripada jumlah keseluruhan sebanyak 60 buah merupakan stesen yang dibina di bawah tanah. Dua cabang iaitu cabang ke Richmond dan ke Wimbledon juga merupakan hanya laluan yang merentasi Sungai Thames dengan jambatan dan bukannya terowong. Laluan ini merupakan laluan keempat yang terpanjang dalam sistem London Underground tetapi mempunyai jumlah stesen yang terbanyak.
Sejarah
Laluan District telah dibina oleh syarikat Kereta Api Metropolitan District (Metropolitan District Railway, MDR). Perkhidmatan dibuka secara berperingkat mulai tahun 1868. Setelah MDR dibeli oleh Charles Yerkes, perkhidmatan kereta api ini disepadukan dalam gabungan Underground sebelum dijadikan milik negara pada tahun 1930-an. Juga memiliki perkhidmatan cabang ke Uxbridge dan Hounslow West yang pada masa kini dalam perkhidmatan laluan Piccadilly. Terdapat juga perkhidmatan ke arah timur yang menjangkaui Southend-on-Sea di Essex yang dimulakan pada 1 Jun 1910, dan ke Shoeburyness sejak tahun 1911, yang dihentikan pada 30 September 1939. Manakala dari 1 Mac 1883 hingga 30 September 1885, kereta api ini juga turut menyediakan perkhidmatan dari Ealing Broadway ke Windsor dengan menggunakan landasan Great Western Main Line.
Kereta api
Kebanyakan perkhidmatan laluan ini menggunakan kereta api D Stock kecuali perkhidmatan Wimbledon ke Edgware Road yang menggunakan C Stock atas sebab platform yang pendek di stesen-stesen antara High Street Kensington dan Edgware Road. Kereta api D Stock diubahsuai pada tahun 2005 dan 2008 dengan mengenakan seragam piawai Underground iaitu warna merah, putih dan biru untuk menggantikan tampakan aluminium yang mudah dirosakkan oleh pelaku musnah. Selain itu juga gerabak ini dilengkapi dengan kamera litar tertutup dan papan maklumat perjalanan elektronik.[3] Gerabak-gerabak ini diselenggara di depoh Ealing Common dan depoh Upminster.
Mulai tahun 2013, gerabak-gerabak C Stock dan D Stock ini akan digantikan kepada gerabak S Stock baharu yang ditempa oleh Bombardier Transportation.[4] Kesemua gerabak lama akan diganti menjelang tahun 2016.[3]
Cabang Wimbledon bercantum dengan laluan utama di sebelah barat Earl's Court
Cabang Kensington (Olympia)
Kensington (Olympia) branch
Hentian
Imej
Tarikh dibuka
Maklumat tambahan
Kensington (Olympia)
2 Jun 1862
Dibuka sebagai stesen Addison Road, perkhidmatan laluan District dimulakan pada 1872, ditukar nama pada tahun 1946peta 22
Cabang Kensington (Olympia) bercantum dengan laluan utama di sebelah barat Earl's Court, dan lazimnya perkhidmatan dari stesen ini disediakan ke High Street Kensington
Cabang Edgware Road
Cabang Edgware Road berpisah daripada laluan utama di sebelah timur Earl's Court
Dibuka sebagai stesen Heathway, ditukar nama pada tahun 1949peta 55
Dagenham East
1885
Dibuka sebagai stesen Dagenham, perkhidmatan laluan District dimulakan pada tahun 1902 hingga tahun 1905, perkhidmatan kereta api District dimulakan semula pada tahun 1932 dan stesen ditukar nama pada 1949[5]peta 56
^ ab"Tube upgrade plan: District line". Transport for London. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
^Waboso, David (2010). "Transforming the tube". Modern Railways. London. m/s. 42–45. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
^Rose, Douglas (2007) [1980]. The London Underground: A Diagrammatic History (ed. 8). Harrow Weald: Capital Transport. ISBN978 1 85414 315 0. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)