Ulysses S. Grant

Ulysses S. Grant
يوليسيز ايس. ݢرين‌ت
Presiden Amerika Syarikat Ke-18
Dalam jawatan
4 Mac 1869 – 4 Mac 1877
Naib PresidenSchuyler Colfax (1869-1873),<br
Didahului olehAndrew Johnson
Digantikan olehRutherford B. Hayes
Butiran peribadi
Lahir27 April 1822
Point Pleasant, Ohio
Meninggal dunia23 Julai 1885
Mount McGregor, New York
KerakyatanAmerika
Parti politikRepublik
PasanganJulia Dent Grant
Tandatangan

Ulysess S. Grant (lahir sebagai Hiram Ulysses Grant; Jawi: هاءرم يوليسيز ݢرين‌ت⁏ 27 April 1822 - 23 Julai 1885) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-18 dan menjawat sebagai presiden selama dua masa jabatan berturut-turut antara tahun 1869 hingga 1877.

Ulysess Grant adalah pegawai tentera ketika dipilih menjadi presiden. Pada 1864, ia diangkat menjadi jeneral tertinggi oleh Presiden Abraham Lincoln dalam Perang Saudara Amerika untuk memimpin Tentera Kesatuan. Pada 1865 ia menerima penyerahan Jeneral Robert E. Lee, panglima negari-negari bahagian selatan Amerika yang memberontak, yang menandakan berakhirnya Perang Saudara. Ia dianggap yang dapat memenangi perang ini, sebagai panglima pasukan Kesatuan yang mengalahkan pasukan Konfederasi.

Masa kecil

Ulysses Grant dilahirkan dengan nama Hiram Ulysses Grant pada 27 April 1822. Ayahnya seorang tukang kulit.

Pada usia 17 tahun ia masuk Sekolah Tentera West Point. Ia menamatkan sekolahnya ketika berumur 21 tahun pada tahun 1843. Ia menjadi tentera selama kira-kira 10 tahun dan meninggalkan kehidupan tentera untuk bekerja di toko kulit ayahnya di bahagian Illinois.

Kerjaya

Perang Saudara

Perbatasan Barat: 1861–63

Pada bulan Ogos, beliau dinaikkan pangkat sebagai Brigedier Jeneral, lalu Mejar Jeneral, dan akhirnya diangkat oleh Presiden Abraham Lincoln menjadi Jeneral Tertinggi pada tahun 1864. Jeneral Grant adalah seorang pahlawan Perang Saudara Amerika.

Masa presiden

Pada tahun 1869, semasa Ulysses Grant terpilih menjadi presiden, rakyat Amerika mengharapkan berakhirnya kekacauan yang terus saja timbul sesudah Perang Saudara. Tetapi Presiden Ulysses Grant tidak memberi semangat ataupun perbaikan.

Ia memimpin pemerintahan seperti ia memimpin tentara, dan pada kenyataannya ia membawa sebahagian daripada anggota staf tenteranya ke Rumah Putih. Ia berasal daripada parti Republik. Tampil sebagai wakil presiden dalam masa presidenannya ialah Schuyler Colfax dan Henry Wilson.

Sekalipun Uysses Grant sangat jujur sebagai manusia, namun sebagai presiden ia banyak menerima hadiah-hadiah berharga daripada berbagai-bagai kalangan. Lebih-lebih lagi, ia tidak segan-segan dilihat bergaul dengan dua orang <<insert name>> yang terkenal kerana reputasi mereka bermain spekulasi dengan maksud menguasai pasaran emas.

Ketika Presiden Uysses Grant menyadari rancangan mereka, ia memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menjual emas negara guna menghancurkan rancangan orang tadi <<insert name>>. Namun spekulasi mereka telah mengakibatkan kerugian dalam dunia perniagaan.

Pada tahun 1872 dalam kempennya untuk pemilihan kembali , Presiden Ulysses Grant diserang oleh golongan liberal Parti Republik, yang bersama-sama dengan Parti Demokrat, mengajukan calon presiden mereka. Tapi Presiden Ulysses Grant berhasil dipilih kembali.

Setelah masa presiden

Pada tahun 1877, setelah meletakkan jawatan presiden, Ulysses Grant bergabung dengan sebuah perusahaan, yang kemudian muflis dan kira-kira pada saat yang sama ia mengetahui bahawa ia menderita penyakit kanser kerongkong.

Ia mulai menulis kenang-kenangannya untuk membayar hutangnya, dan berlumba-lumba dengan maut dalam menyelesaikan buku kenangan riwayat hidupnya.

Empat hari setelah ia menyelesaikan buku kenangannya Ulysses Grant menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 23 Julai 1885. Bukunya berjaya mengaut pendapatan sebesar 450,000 dolar Amerika.

Ulysses Grant meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.

Rujukan

  • Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)

Lihat juga