Oden
Oden (おでん ) merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Karashi (Mustard Jeoun) seringkali digunakan sebagai bahan perasa.
Oden sebenarnya berasal daripada misodengaku atau hanya digelar dengaku; konnyaku atau tauhu direbus dan dimakan bersama miso. Kemudiannya, dengan menggantikan miso, bahan-bahan tersebut dimasak di dalam dashi dan oden menjadi terkenal.
Tidak seperti kebanyakan makanan semangkuk yang lain, bahan-bahan oden boleh ditambah pada bila-bila masa. Oden selalunya dijual di gerai-gerai mobil di Jepun, dan boleh juga didapati di kedai runcit yang diletakkan di dalam bekas-bekas mereneh pada musim sejuk. Terdapat banyak jenis oden yang dijual, di mana pilihan oden yang terdiri daripada satu jenis bahan dijual pada harga serendah 50 yen.
Senarai bahan-bahan popular
- Telur rebus
- Chikuwabu - tiub gluten. Terkenal di Kantō.
- Daikon yang dihiris
- Suji - Tendon lembu
- Ito konnyaku
- Konnyaku
- Lobak
- Shiitake
- Kabocha
- Potato
- Tsukune - bebola ikan atau daging
- Octopus
- Tebichi - Hanya di Okinawa
- Produk-produk tauhu:
- Ganmodoki - bebola tauhu bergoreng yang dicampur dengan sayur-sayur yang diparut
- Atsuage - tauhu goreng (deep-fry)
- Tofu - selalunya di Kansai dan diselar
- Produk-produk Surimi:
- Bakudan - telur rebus dibaluti oleh surimi
- Chikuwa - tiub-tiub tebal surimi
- Gobomaki - gobo rebus dibaluti dalam surimi
- Hanpen
- Ikamaki - sotong dibaluti dalam surimi
- Kamaboko
- Shinjoage
Anime
- Terdapat sebuah anime di NHK yang digelar Odenkun mempamerkan bahan-bahan oden sebagai watak-wataknya dan suara watak mereka disumbang oleh Yoshinori Fujita dan Rika Komatsu.
- Dalam siri anime Princess Nine, watak utamanya membantu dalam gerai oden ibunya; salah satu daripada DVD versi Amerika mempamerkan sebuah panduan langkah-demi-langkah dalam cara-cara membuat oden sebagai sebuah cakera tambahan.
- Dalam episod 5 siri xxxHolic, Kimihiro Watakuni menziarahi sebuah gerai oden yang dijalankan oleh seekor musang ghaib (kitsune) dan anak lelakinya.
- Dalam episod ke-6 siri El Hazard: Alternate World, Nanami Jinnai membuka sebuah gerai oden di Creteria.
- Dalam JDrama Akihabara@DEEP, golongan otaku tergila-gilakan oden dalam tin.
- Dalam episod 13 siri Jigoku Shoujo Futakomori. Wanyuudou membuka sebuah gerai oden untuk menyiasat tentang seorang pelanggan.
- Dalam One Piece: The Movie (filem pertama), watak sampingan iaitu Ganzo membuka sebuah gerai oden, dan cita-citanya adalah untuk mencipta oden yang paling lazat di seluruh dunia. Watak antagonis dalam filem tersebut telah menumpahkan odennya, namun Luffy telah menghormati Ganzo dengan memakan oden tersebut di lantai.
- Dalam episod 13 siri Pita-Ten, Shia memasak oden untuk dibawa ke kediaman Hiroshi, namun Misha menumpahkannya apabila membantu Shia membawa mangkuk yang berisi oden itu ke meja. Melihat Takashi (Ten-chan) yang kian lapar, Kaoru menyediakan odennya sendiri untuknya, yang ditelan dengan lahap oleh Hiroshi