2 September
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
2 September merupakan hari ke-245 (hari ke-246 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 120 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan untuk Vietnam (1945).
Peristiwa
- 31 SM - Perang Akhir Republik Rom: Tentera pimpinan Octavian mengalahkan angkatan Marcus Antonius dan Cleopatra di Pertempuran Actium (gambar), Laut Ionia.
- 1666 - Satu kebakaran besar melanda London dan membakar selama tiga hari, memusnahkan lebih 13,000 bangunan termasuk Katedral St Paul, tetapi hanya 6 orang disahkan terkorban.
- 1870 - Perang Perancis-Prusia: Napoleon III dari Perancis ditawan dalam Pertempuran Sedan, dan Empayar Perancis Kedua jatuh beberapa hari kemudian.
- 1898 - Angkatan pimpinan Horatio Kitchener (gambar) mengalahkan puak Sudan dalam Pertempuran Omdurman, memantapkan penguasaan British di Afrika timur laut.
- 1945 - Kemerdekaan Vietnam daripada negara Perancis: Ho Chi Minh mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan baru Vietnam di bawah pimpinan beliau.
- 1945 - Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun ditandatangani di atas kapal tempur USS Missouri di Teluk Tokyo, secara rasminya mengakhiri Perang Dunia Kedua.
- 1967 - Paddy Roy Bates mengisytiharkan HM Fort Roughs, bekas Kubu Maunsell Perang Dunia II di Laut Utara berhampiran dengan pantai Suffolk, England, sebagai negara bebas: Kerajaan Kecil Sealand.
- 1968 - Model pertama pesawat Boeing 747 dirasmikan di Everett, Washington, A.S.
- 1990 - Transnistria mengisytiharkan kemerdekaan sebelah pihak daripada RSS Moldavia Kesatuan Soviet, namun hanya baru diiktiraf Abkhazia dan Ossetia Selatan, yang juga belum diiktiraf sepenuhnya.
- 2009 - Satu gempa bumi mengorbankan 79 orang dan memusnahkan lebih 87,000 rumah dan pejabat di Jawa, Indonesia.
Kelahiran
- 1989 - Alexandre Pato, pemain bola sepak A.C. Milan
- 1989 - Anton Zaslavski atau Zedd, pemuzik dan DJ Rusia-Jerman.